Los Angeles: Komposer James Horner (gambar) yang mencipta lagu untuk banyak filem terkemuka Hollywood, termasuk "Titanic" dan "Avatar," terbunuh dalam nahas pesawat udara semalam.
Menurut majalah Variety, pesawat peribadi komposer berusia 61 tahun itu terhempas di Santa Barbara, California.
“Komposer James Horner, kawan dan rakan sekerja saya untuk tujuh filem mati tragik akibat nahas pesawat. Ia amat menyedihkan,” kata pengarah filem Ron Howard dalam Twitter.
Horner memenangi anugerah Oscar untuk lagu "My Heart Will Go On" bagi filem "Titanic." Dia juga dicalonkan untuk Anugerah Academy sebanyak enam kali, termasuk bagi filem "Apollo 13," "Braveheart" dan "Field of Dreams." - AFP