Menahan lapar dan dahaga ketika menjalani ibadah puasa sememangnya ujian bagi kesucian tubuh dan iman. Namun, ada yang terlepas pandang mengutamakan kesegaran diri ketika berpuasa.

Di sini kami ingin kongsi tip untuk mengekalkan kesegaran dan kecergasan ketika berpuasa.

Tip 1: Mengekalkan tahap air yang tinggi dalam tubuh.

Lebihkan pengambilan air sebelum mula berpuasa, serta makan pada kadar biasa ketika waktu berbuka atau bersahur. Tahap bendalir yang kurang dalam tubuh kita boleh menyebabkan mulut menjadi kering, serta ia juga adalah satu daripada punca utama yang menyebabkan masalah nafas tidak segar.

Pengambilan air yang berlebihan sebelum berpuasa boleh mencegah penyahhidratan dan mengekalkan kecergasan ketika melakukan aktiviti seharian.

Ia juga membantu mengekalkan kesegaran tubuh untuk lebih lama, terutamanya dalam cuaca yang panas.

Tip 2: Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih.

Ketika anda berbuka puasa dan bersahur, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi kadar peratusan air yang tinggi seperti timun, limau, tembikai dan kurma.

Makanan seperti ini mampu membantu menghidratkan badan anda dan dengan kandungan air yang banyak, ia boleh mengelakkan tenaga daripada berkurangan secara drastik akibat dehidrasi.

Makanan yang mengandungi serat tinggi ini juga membantu anda menahan lapar lebih lama.

Tip 3: Kesihatan mulut.

Selepas bersahur, ingat untuk flos dan berus gigi anda bagi membuang saki baki makanan yang tersekat dalam mulut anda. Ini membantu mencegah pembentukan plak dan kaviti, terutamanya dengan perembasan air yang kurang dalam mulut ketika berpuasa.

Jadikan amalan membersihkan lidah anda ketika memberus gigi sebagai rutin harian bagi kebersihan mulut yang menyeluruh.

Sentiasa berkumur dengan cecair pembersih mulut sebaik sahaja anda selesai memberus gigi. Kumur di seluruh mulut dan pastikan ia meliputi keseluruhan gigi anda.

Dongak kepala ke atas agar cecair pembersih mulut sampai ke bahagian belakang tekak anda tanpa menelan cecair pembersih mulut. Kumurlah selama 30 hingga 60 saat.

Sekiranya pembersih mulut beralkohol biasa telah memberikan sensasi yang kurang menyenangkan di dalam mulut anda, mengakibatkan kurangnya tabiat berkumur, apa kata cuba Oral-B Pro-Health Multi-Protection Rinse baru tanpa alkohol.

Ia memberikan perlindungan berpanjangan untuk kesegaran nafas. Paling penting sekali, ianya adalah tanpa alkohol, sememangnya sesuai bagi bulan Ramadan.

Tip 4: Kesegaran kepala yang berpanjangan.

Penjagaan kesihatan rambut dengan mengerapkan pembilasan syampu dan perapi juga disyorkan untuk muslimah berambut panjang, bagi mengelakkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Cubalah syampu dan perapi Rejoice bagi kesegaran dan kelembutan rambut yang berpanjangan. Semasa menjaga penampilan yang soleh, pemilihan fabrik tudung juga tidak boleh dipinggirkan.

Elakkan fabrik jenis kapas, dan fabrik yang lembut digalakkan untuk mengurangkan haba yang terperangkap, terutamanya dalam kawasan beriklim panas dan kering seperti negara kita.

Kebiasaannya, ramai secara tidak sengaja mengabaikan langkah-langkah mudah bagi menjaga kesegaran berpanjangan seperti di atas. Mengekalkan kesegaran menyeluruh sepanjang menjalani ibadah puasa adalah Antara faktor penting bagi memberi ketenangan minda dan jiwa ketika menjalani aktiviti seharian.

* Sekarang, percuma bekas kaca kuih raya dengan setiap pembelanjaan RM30 untuk Oral-B atau produk-produk P&G yang lain di Mydin, Giant, Tesco, AEON dan pasar raya yang mengambil bahagian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2015 @ 1:13 AM