Kereta yang terbabit nahas. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Kereta yang terbabit nahas. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta dipandu berpusing beberapa kali dan terbalik dalam kejadian di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Mangsa, W Nur Hazwani W Zakaria, 29, dari Taman Desa Solehah, Batu Enam, di sini, tidak cedera.

Suami mangsa, Mohd Yusri Che Din, 49, berkata, isterinya yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Seberang Takir dalam perjalan ke Marang untuk mengikuti kursus.

"Bagaimanapun, sebaik sampai di laluan masuk ke Ibai Golf & Country Club, sebuah pacuan empat roda tiba-tiba keluar menyebabkan isterinya tekejut dan menekan brek untuk mengelak daripada merempuh kenderaan itu.

"Nasib isteri kurang baik apabila kereta dipandunya berpusing beberapa kali sebelum terbalik kerana jalan licin akibat hujan. Isteri saya terperangkap lebih tiga minit di dalam kereta sebelum dibantu orang ramai yang mengeluarkannya sebelum ke klinik berdekatan pemeriksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 8:09 PM