1.  SAPU dan ratakan alas bedak di seluruh wajah.
1. SAPU dan ratakan alas bedak di seluruh wajah.
2.  SHADING dimulakan pada bahagian dagu.
2. SHADING dimulakan pada bahagian dagu.
3. SHADING pada bahagian tulang pipi.
3. SHADING pada bahagian tulang pipi.
4.  SHADING pada hidung bagi memberi kesan yang lebih mancung pada hidung.
4. SHADING pada hidung bagi memberi kesan yang lebih mancung pada hidung.
5. SHADING pada tulang rahang bagi kesan bentuk wajah lebih tirus.
5. SHADING pada tulang rahang bagi kesan bentuk wajah lebih tirus.
6. BEDAK tabur disapu pada wajah.
6. BEDAK tabur disapu pada wajah.
7. LUKIS garis kening untuk membentuk kening yang lebih rapi.
7. LUKIS garis kening untuk membentuk kening yang lebih rapi.
8. SELEPAS bingkai kening dibuat, gelapkan bahagian dalam bingkai. Cara ini sesuai untuk mereka yang berkening nipis.
8. SELEPAS bingkai kening dibuat, gelapkan bahagian dalam bingkai. Cara ini sesuai untuk mereka yang berkening nipis.
9. SAPUKAN pembayang mata dan pelentik bulu mata.
9. SAPUKAN pembayang mata dan pelentik bulu mata.
10. RATAKAN bedak tabur sekali lagi bagi mengemaskan solekan pada mata.
10. RATAKAN bedak tabur sekali lagi bagi mengemaskan solekan pada mata.
11.  MENGGUNAKAN pensel mata berwarna putih pada alis mata dapat memberi kesan mata lebih besar.
11. MENGGUNAKAN pensel mata berwarna putih pada alis mata dapat memberi kesan mata lebih besar.
12. SAPU gincu bersesuaian.
12. SAPU gincu bersesuaian.
13. PEMERAH pipi disapu pada tulang pipi.
13. PEMERAH pipi disapu pada tulang pipi.
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib


Wajah mungil, dagu yang runcing, mata besar dan hidung mancung sering menjadi dambaan wanita. Namun tidak semua wanita yang bertuah dilahirkan dengan pakej lengkap seumpama itu.

Bagaimanapun, wanita tidak perlu gusar kerana dengan solekan wajah yang tepat, kekurangan pada wajah dapat diselindungi sehingga anda mampu tampil cantik terutama saat bergelar raja sehari.

Bentuk hidung yang kurang mancung, dagu yang kurang runcing atau pipi yang kelihatan tembam sebenarnya boleh diubah dengan solekan tertentu iaitu ‘shading’.

Anda juga dapat melakukan shading untuk mendapatkan kesan wajah yang sempurna dari segi simetri. Cara ini juga boleh menutup kekurangan wajah sambil menonjolkan kelebihannya.

‘Shading’ adalah bayangan gelap yang diberikan pada bahagian tertentu di wajah untuk menutup kekurangan yang ada. Shading atau disebut juga ‘contouring’ berfungsi untuk memperoleh kesan wajah lebih kecil atau kesan tidak menonjol terutama pada bahagian kekurangan pada wajah. Warna yang biasa digunakan ketika shading adalah warna gelap seperti coklat.

Bagi menonjolkan bahagian wajah tertentu pula, boleh menggunakan ‘highligh’t atau alas bedak warna terang seperti beige.

Jurusolek profesional Azim Jaafar berkata, menyolek wajah dengan teknik yang betul dan pemilihan yang sesuai boleh membantu membangkitkan keremajaan wajah dan paling utama menutup kekurangan pada wajah.

Katanya, shading boleh menyempurnakan bentuk wajah untuk menutup kekurangan pada wajah, justeru, ia perlu disesuaikan dengan bentuk wajah kerana setiap bentuk wajah memiliki masalah berbeza.

“Misalnya untuk wajah bulat, kebiasaannya shading diperlukan untuk mengurangi bentuk pipi yang kelihatan bulat dan tembam dengan mencipta kesan wajah lebih tirus.

“Untuk wajah lonjong atau panjang, shading biasanya dilakukan supaya bentuk wajah kelihatan lebih pendek dan seimbang. Solekan menggunakan teknik shading biasanya dilakukan untuk pengantin yang ingin tampil jelita pada hari bahagia mereka,” katanya.

Azim berkata, selepas membersihkan wajah, solekan dimulakan dengan menyapu alas bedak pada seluruh wajah. Alas bedak berfungsi untuk menutup cela atau parut kecil pada wajah, tetapi jika terlalu tebal akan membuatkan solekan kelihatan seperti topeng. Cara terbaik sapukan alas bedak secara tipis dan diratakan sebelum menggunakan penyamar noda.

Selepas itu, teknik shading boleh dimulakan pada bahagian yang mahu disembunyi atau ditonjolkan seperti dagu, tulang pipi, hidung dan bentuk muka. Menerusi shading bersesuaian dengan bentuk wajah, kekurangan pada wajah dapat disamarkan dan solekan wajah akan tampak cantik, sempurna dan pasti menyerlah pada hari bahagia.

Selain itu, penggunaan penyembur pada wajah yang sudah disolek dapat mengekalkan solekan lebih lama serta mengurangkan wajah kelihatan terlalu berbedak.

Selepas itu, gunakan pensel mata atau berus kening dan bentukkan kening mengikut kesesuaian bentuk wajah. Untuk kelihatan muda dan lebih lembut, pastikan warna pensel mata tidak terlalu gelap. Warna coklat gelap pilihan terbaik.

Sapukan pembayang mata pada bahagian kelopak. Pilihan warna untuk tampak muda dan segar iaah warna cerah. Elakkan warna gelap kerana ia akan menampakkan wajah lebih garang atau tua daripada usia.

Kemaskan bahagian bulu mata menggunakan maskara. Gunakan celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 1:57 PM