FOTO Fardy Bungga
FOTO Fardy Bungga
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Malindo Air melancarkan penerbangan sulung yang dilengkapi dengan Malindo Wifi dan Malindo Mobile dalam pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), sebentar tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Chandran Rama Muthy berkata, ini adalah syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang menyediakan rangkaian jalur lebar untuk membolehkan penumpang melayari internet pada ketinggian 10,000 meter.

Menurutnya, perkhidmatan ini dipasang pada semua pesawat Boeing 737-900ER milik Malindo Air dengan kadar yang berpatutan.

"Dengan adanya perkhidmatan internet ini, penumpang boleh melayari laman web, email, sosial media termasuk menghantar mesej pesanan ringkas dan panggilan suara.

"Selain itu, penumpang penerbangan Malindo Air juga disediakan dengan Majalah Malindo Mag yang penuh dengan maklumat tempat-tempat pelancongan menarik dan informasi terkini dalam negara," katanya ketika ditemui, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 12:47 PM