ADNAN (kiri) menunjukkan kereta yang dirampas polis. FOTO Mohd Hasbi Sidek
ADNAN (kiri) menunjukkan kereta yang dirampas polis. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Shah Alam: Polis Selangor menahan dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia dari 30 hingga 36 tahun kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan, pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira 1 pagi di rumah di Bandar Kinrara , Puchong itu, keempat suspek cuba meloloskan diri melalui pintu belakang selepas menyedari kehadiran polis.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah berkata,dalam serbuan itu, pihaknya merampas empat kenderaan yang dipercayai dicuri suspek selain beberapa unit telefon bimbit dan beg tangan berjenama.

"Hasil tindakan susulan kami menemui dua lagi kenderaan di sekitar kediaman suspek, 2 petang semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 37(A) Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 2:41 PM