KEADAAN wad yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN wad yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Klang: Pesakit dan pekerja hospital di wad tingkat tujuh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, cemas seketika apabila berlaku kebakaran di wad berkenaan petang tadi.

Kebakaran kira-kira 4.30 petang itu berjaya dipadamkan dua anggota bomba yang kebetulan berada di bangunan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada 4.39 petang.

Menurutnya, tindakan pantas dua individu berkenaan berjaya memadamkan api sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati kebakaran bermula dari suis saluran oksigen dan plug elektrik.

"Tiada mangsa cedera atau maut dalam kejadian ini. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 9:39 PM