SELESA digunakan ketika keluar bersama.
SELESA digunakan ketika keluar bersama.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Kini bapa bukan lagi dikatakan hanya sebagai ketua keluarga mencari rezeki semata-mata, sebaliknya kaum Adam mampu menjaga anak-anak sama seperti wanita. Tanpa wanita di sisi, mereka juga boleh membawa anak keluar bersiar-siar dan selesa dengan apa yang dilakukan.

Sebagai penghormatan kepada lelaki meraikan Hari Bapa Jun ini, Orbit Baby G3 memperkenalkan kereta sorong dengan sistem keselamatan terkini bagi memberi pengalaman menyeronokkan kepada ibu bapa membawa anak mereka ke mana saja.

Orbit Baby G3 membolehkan ibu bapa menyesuaikan sistem pergerakan anak-anak mengikut kumpulan usia si comel iaitu bermula sejak lahir menerusi kerusi bayi, buaian, asas kereta sorong serta rekaan yang memudahkan penyimpanan, pilihan warna menawan serta keupayaan untuk menukar daripada kereta sorong tunggal kepada kereta sorong berĀ­kembar.

Menerusi sistem 360 darjah berputar, kereta sorong ini dihasilkan dengan reka bentuk modular dan inovatif bagi membolehkan ibu bapa mengalihkannya dengan mudah bermula dari dalam kereta sehingga ke rumah. Dengan penekanan kepada keselamatan dan kejuruteraan lanjutan, Orbit Baby G3 diiktiraf kerana inovasi, reka bentuk ergonomik dan mesra alam. Ia boleh diĀ­dapati di Mothercare, Bebe Totz, Bebehaus dan Poppies.

Jika tugasan mengendong bayi biasa dilakukan ibu, apa kata serahkan urusan ini kepada bapa kerana kini dengan penggendong bayi Ergobaby si comel selesa berada dalam dakapan bapa dan mampu membawa bayi mereka ke mana saja.

Ergobaby sangat ringan diperbuat daripada fabrik lembut bagi memudahkan pergerakan dan pernafasan si comel. Ia juga melindungi bayi daripada kesejukan. Dengan tali melengkung pada bahu, alat ini sesuai digunakan tanpa mengira fizikal bayi sama ada kecil atau besar seterusnya menempatkan bayi dalam kedudukan selamat. Prestasi Ergobaby sememangnya hebat kerana direka untuk ibu bapa aktif yang sering berada di luar rumah. Ia hadir dalam warna hitam dan ungu pada harga RM599.

Memudahkan pergerakan ibu bapa, Bloom & Grow memperkenalkan beg lampin untuk si manja yang lebih praktikal sesuai bagi ibu bapa yang sibuk dan sering berada di luar rumah.

Beg ini mempunyai ruang yang boleh berubah-ubah sesuai untuk usia bayi anda. Ia mempunyai dua poket mudah untuk penyimpanan lampin dan tisu serta 10 poket yang mampu memberikan kelegaan kepada ibu bapa yang ingin membawa banyak barang bersama. Beg lampin ini berharga RM299. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.bloomandgrowasia.com/.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 1:16 PM