Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan sentiasa berusaha meningkatkan penjagaan keselamatan supaya anak tidak tercedera terutama pada usia yang masih kecil.

Terdapat beberapa produk penjagaan keselamatan bayi dan kanak-kanak kecil di pasaran antaranya kerusi bayi Orbit Baby G3 bagi memastikan bayi duduk dengan selesa dan selamat sepanjang perjalanan.

Ia memiliki tempat duduk yang dalam dan dilapik oleh pelapik EPS untuk perlindungan maksimum daripada impak pergerakan kenderaan. Bagi memudahkan ibu bapa, ia juga mudah dipasang dan boleh berpusing bagi tempat duduk kenderaan G3 Isofix atau kereta tolak bayi G3.

Tempat duduk kanak-kanak, Trunki BoostApak yang juga boleh dijadikan beg sandang turut diperkenalkan. Ciri uniknya dengan tali pinggang dipasang pada tali pinggang keledar kenderaan untuk memberikan perlindungan maksimum, selain bahagian pelapik belakang yang membantu menjaga postur.

Alat ToddlePak pula sebagai cara melatih anak-anak kecil supaya berjalan secara terkawal dan tidak berlari secara merbahaya di tempat awam. Sebagai alternatif, anak-anak juga boleh dipakaikan dengan Skip Hop Zoo Let yang dilengkapkan dengan beg sandang kecil dan tali yang boleh dipegang ibu bapa supaya anak berjalan dengan selamat dan tidak berlari-lari sehingga tercedera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 6:19 AM