Oleh Erywan Norshal

Shah Alam: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan Perodua Myvi Edisi Komemoratif yang terhad 10 unit sebentar tadi.

Ia diperkenalkan sempena Karnival Ulang Tahun ke-10 Myvi di Setia City Mall, Setia Alam, di sini.

Kereta itu menerima sentuhan kemasan merah dalam ruangan dalaman, manakala bahagian luaran dipenuhi kit badan GearUp yang diserlahkan dengan pelekat gentian karbon serta grafik tampak sporty.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Harga edisi terhad itu dijual pada RM62,226.54 atas jalan termasuk insurans.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 5:57 PM