Kuala Lumpur: Celcom Axiata Bhd (Celcom Axiata) bekerjasama dengan Gigalink Solutions Sdn Bhd untuk menyediakan penyelesaian mesin ke mesin (M2M) bagi penyaluran kandungan media digital kepada penumpang teksi menerusi Smartaxiads.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan dan Penyelesaian Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, platform M2M itu membolehkan pengiklanan, berita dan perkembangan acara disiarkan pada masa sebenar di dalam teksi.

Beliau berkata, penumpang teksi bakal menikmati pengalaman multimedia sepenuhnya termasuk skrin sentuh generasi akan datang dan kandungan interaktif bil menggunakan WiFi yang dijana oleh jaringan evolusi jangka panjang (LTE) 4G Celcom sepanjang perjalanan mereka dengan hanya membayar tambang teksi.

Smartaxiads ialah pengiklanan digital mudah alih yang disediakan menerusi panel bersaiz tablet dipasang pada tempat letak kepala pemandu dan penumpang hadapan teksi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 12:45 PM