DUA perompak  yang dicekup dua beradik  selepas memecah masuk  rumah  di FELDA Lepar Hilir 1, Gambang. Gambar kanan, barang yang dirampas daripada suspek.
DUA perompak yang dicekup dua beradik selepas memecah masuk rumah di FELDA Lepar Hilir 1, Gambang. Gambar kanan, barang yang dirampas daripada suspek.
Oleh Syazwan Msar

Kuantan: Dua beradik lelaki berusia 25 dan 38 menjadi wira apabila menahan dua perompak yang memecah masuk rumah mereka sekali gus menyelamatkan ibu mereka di FELDA Lepar Hilir 1, Gambang, dekat sini, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi itu ibu mereka berusia 50-an yang tidur dikejutkan dengan bunyi ketukan berulang-kali di dapur.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, wanita berkenaan terus memeriksa dapur rumahnya sebelum tiga lelaki tidak dikenali menerpa ke arahnya.

“Wanita berkenaan terus menjerit sekuat hati menyebabkan dua anak lelakinya terbangun.

“Kedua-dua anak lelaki mangsa terus menerpa ke arah tiga suspek berusia 38 hingga 40 tahun yang bersenjatakan pemutar skru dan pisau.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 7:49 AM