HAMPER yang sudah siap.
HAMPER yang sudah siap.
1. KEROYOK kertas putih dan letakkan pada dasar kotak.
1. KEROYOK kertas putih dan letakkan pada dasar kotak.
2. KEROYOK kertas pembalut hadiah dan letakkannya menutupi kertas putih.
2. KEROYOK kertas pembalut hadiah dan letakkannya menutupi kertas putih.
3. MASUKKAN penutup kotak dan sandarkannya di bahagian tepi kotak.
3. MASUKKAN penutup kotak dan sandarkannya di bahagian tepi kotak.
4. SUSUN barang seperti coklat, biskut dan kuih-muih.
4. SUSUN barang seperti coklat, biskut dan kuih-muih.
5. LETAKKAN botol kaca di hadapan bagi menaikkan seri hamper.
5. LETAKKAN botol kaca di hadapan bagi menaikkan seri hamper.
6. UKUR dan potong dua helai plastik pembalut mengikut saiz panjang dan lebar hamper.
6. UKUR dan potong dua helai plastik pembalut mengikut saiz panjang dan lebar hamper.
7. KEPILKAN kedua-duanya menggunakan alat pelekap untuk plastik supaya ia mampu menyarungkan hamper.
7. KEPILKAN kedua-duanya menggunakan alat pelekap untuk plastik supaya ia mampu menyarungkan hamper.
8. SARUNGKAN hamper menggunakan plastik pembalut.
8. SARUNGKAN hamper menggunakan plastik pembalut.
9.  LEKATKAN plastik pembalut dengan bahagian dasar hamper.
9. LEKATKAN plastik pembalut dengan bahagian dasar hamper.
10. GUNAKAN pengering rambut untuk mengeluarkan udara panas bagi melekapkan plastik pada hamper dan mengemaskannya.
10. GUNAKAN pengering rambut untuk mengeluarkan udara panas bagi melekapkan plastik pada hamper dan mengemaskannya.
11. TAMPALKAN reben dan bunga di bahagian hadapan hamper.
11. TAMPALKAN reben dan bunga di bahagian hadapan hamper.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Kekemasan bungkusan hamper boleh menaikkan seri dan nampak lebih eksklusif, namun ia tidak memerlukan belanja yang besar.

Sesiapa saja boleh menghasilkan hamper sendiri dengan bajet jauh lebih rendah tetapi pada masa sama, tetap menarik.

Dengan penggunaan barangan yang boleh didapati di sekeliling, kita tidak perlu berkunjung ke kedai hamper, sebaliknya menggunakan kreativiti masing-masing.

Kali ini, pengusaha perniagaan hamper Lynna Hampers & Gifts di TTDI Jaya Shah Alam, Norlinna Mohd Jali, menunjukkan kepakarannya menghasilkan hamper dengan langkah mudah.

Bahannya:

-Gunting

-Kertas pembalut hadiah

-Plastik pembungkus

-Biskut, coklat atau kuih-muih di dalam bekas

-Botol atau bekas kaca berwarna

-Reben dan bunga

-Bekas hamper berbentuk tradisional seperti peti atau bakul anyaman

-Pistol gam

-Bekas anyaman berisi dodol

-Beberapa helai kertas putih

-Pita pelekat

-Pengering rambut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:05 AM