Oleh Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Berita kecewa untuk penggemar produk HTC apabila produk yang dinantikan, One M9 sah tidak akan dijual di negara ini sebaliknya ia akan digantikan dengan M9+.

Berbeza dengan M9, model yang dibawa masuk menggunakan pemprosesan jenis Mediatek dan bukannya Qualcomm seperti M9.

One M9 menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 810 64-bit bersama RAM sebanyak 3GB yang membolehkannya beroperasi agak pantas terutama bagi kerja berat seperti menonton video dan melayari Internet.

Dari segi rekaan, sememangnya M9+ tidak jauh berbeza dengan model M8 yang dilancarkan tahun lalu, namun ia dibezakan dengan bahagian belakang lebih kemas dan cantik.

Ia akan dijual pada harga RM2,599 bermula 30 April ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2015 @ 5:47 PM