UJIAN sinar-X menunjukkan ratusan objek dalam perut Singh.
UJIAN sinar-X menunjukkan ratusan objek dalam perut Singh.
Agensi

Bathinda (India): Seorang lelaki tiba di sebuah hospital di Punjab kerana sakit perut dan doktor menyangka ia disebabkan keracunan makanan atau ulser.

Tetapi, selepas menjalankan endoskopi, doktor terkejut menemui sejumlah besar duit syiling, paku dan pelbagai logam lain di dalam perutnya.

Rajpal Singh, 34, mengaku menelan 140 duit syiling, 150 paku, segenggam skru, bateri, besi berani dan beberapa logam lain.
Singh, petani dari Bathinda di Punjab, barat India berkata, dia menelan logam itu sepanjang tiga tahun lalu setiap kali rasa tertekan.

“Setiap kali tertekan, saya akan menelan logam itu kerana ia akan membuat saya selesa. Saya akan minum susu atau jus buah selepas menelannya,” kata petani berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 7:04 AM