Pusat gerakan sementara BN bagi PRK Parlimen Permatang Pauh diarah tutup oleh MPSP hari ini. FOTO Danial Saad
Pusat gerakan sementara BN bagi PRK Parlimen Permatang Pauh diarah tutup oleh MPSP hari ini. FOTO Danial Saad
Oleh Shamsul Munir Safini


Permatang Pauh: Pusat gerakan sementara BN Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Bandar Perda di sini, diarahkan tutup serta merta oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini, hari ini.

Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said kesal dengan arahan itu dan berkata, tindakan MPSP disifatkan 'double standard' kerana sebelum ini tiada tindakan dikenakan kepada sesiapa yang menganjurkan program di situ.

Katanya, notis arahan bertarikh 20 April itu diletakkan di tapak berkenaan yang terletak berhadapan bangunan MPSP, di sini.

“Kandungan notis itu antara lain memberitahu bahawa segala binaan sementara di tapak berkenan adalah dilarang sama sekali dan diarahkan berpindah serta merta,” katanya.

Menurut Mohd Zaidi, pihaknya berdepan kesulitan dan kini pihaknya terpaksa memindahkan Pusat Gerakan BN ke kawasan lain di Perda City Mall di kawasan berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 2:01 PM