ANGGOTA polis memeriksa komputer riba yang dirampas. FOTO Zainuz Fitri
ANGGOTA polis memeriksa komputer riba yang dirampas. FOTO Zainuz Fitri
Oleh Zainuz Fitri

Johor Bahru: Empat pelanggan dan dua penjaga pusat judi online ditahan dalam serbuan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di rumah kedai di Taman Seri Bahagia di sini, 11.40 malam tadi.

Turut dirampas enam komputer riba digunakan untuk berjudi dan peranti tablet bernilai lebih RM13,000.

Serbuan yang diketuai Pegawai Turus D7 IPK Johor, Deputi Superintenden Azli Abu Shah bersama enam anggota itu dilakukan hasil risikan selepas mendapat maklumat awam berhubung kegiatan mencurigakan di premis berkenaan.

Azli berkata, premis judi berkenaan dipercayai baru menjalankan kegiatan itu seminggu lalu.

"Semua lelaki yang ditahan berumur antara 19 hingga 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 10:38 AM