PENYELENGGARAAN kolam perlu dilakukan secara rutin atau berkala.
PENYELENGGARAAN kolam perlu dilakukan secara rutin atau berkala.
PASTIKAN anda mendapat khidmat daripada kontraktor yang berpengalaman dan mahir.
PASTIKAN anda mendapat khidmat daripada kontraktor yang berpengalaman dan mahir.
KOLAM renang pasang siap juga sesuai untuk laman berkeluasan terhad.
KOLAM renang pasang siap juga sesuai untuk laman berkeluasan terhad.
KOLAM renang pasang siap antara alternatif.
KOLAM renang pasang siap antara alternatif.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Siapa yang tidak mengimpikan kediaman dilengkapi kemudahan berprestij termasuk kolam renang.

Pastikan anda mendapat khidmat kontraktor yang berpengalaman dan mahir dalam pembuatan atau pembinaan kolam renang supaya modal yang dilaburkan berbaloi.

“Dalam pembinaan sesebuah kolam renang, kerja membabitkan besi dan konkrit simen perlu diawasi setiap masa.

“Jangan mengharapkan pekerja semata-mata kerana masalah kebocoran dan keretakan kolam renang kerap berlaku, apatah lagi membina sesebuah kolam renang kosnya bukan sikit,” kata Faizal.

Dianggarkan sebuah kolam renang sederhana bermula dengan kos RM70,000 hingga ratusan ribu.

Itu belum termasuk kos perawatan dan penjagaan berkala yang perlu ditanggung pemilik bagi memastikan kolam renang berfungsi dengan baik.

Selain membina kolam renang menggunakan cara biasa, terdapat alternatif lain menyediakan kolam renang, antaranya kolam renang pasang siap yang semakin mendapat perhatian ramai.

“Kolam renang pasang siap yang diperbuat daripada gentian kaca atau ‘fiberglass’ sering menjadi pilihan pemilik yang mempunyai kediaman berkeluasan terhad.

“Ia juga antara alternatif bagi anda yang tidak mahu menunggu lama untuk proses membina kolam renang,” katanya.

Katanya, kolam renang pasang siap ialah campuran daripada gentian kaca dan kosnya lebih murah berbanding kolam renang daripada jenis konkrit.

“Selalunya kolam renang jenis ini didatangkan dengan lampu bagi pencahayaan ketika malam supaya sentuhan dekorasi yang lebih sempurna dapat dizahirkan,” kata Faizal.

Malah, perkara paling penting apabila kolam jenis ini dijamin tidak mudah bocor dan proses pemasangan kolam renang jenis ini memakan masa seminggu termasuk kerja mengorek lubang dan sentuhan dekorasi tepian kolam.

Kolam renang gentian kaca kini pilihan terbaik bagi mereka yang ingin memiliki kolam renang sendiri di rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 5:07 AM