YUHAIRI dan Norshahilla Earnie memangku anak kembar mereka, Muhamad Talid (kiri) dan Muhamad Khalid.
YUHAIRI dan Norshahilla Earnie memangku anak kembar mereka, Muhamad Talid (kiri) dan Muhamad Khalid.
Oleh Adnan Mohamad

Kuala Krai: “Saya akan tetap usaha cari rawatan terbaik untuk dia walaupun doktor meramalkan umurnya tidak panjang.

“Dia anak saya dan terlalu kecil untuk menderita. Saya sanggup korban apa saja untuk dia,” kata Yuhairi Ghani, 40, bapa kepada bayi, Muhamad Khalid berusia 15 hari yang dilahirkan tanpa tempurung kepala.

Dia disahkan doktor menghidap Anencephaly iaitu ketiadaan tulang tengkorak serta sebahagian otak.

Bayi malang itu turut mempunyai kembar dengan beza kelahiran seminit dinamakan Muhamad Talid.

Bagaimanapun Muhamad Talid normal dan tidak mempunyai kecacatan. Mereka dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pada 25 Mac lalu di Hospital Kuala Krai (HKK), di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 April 2015 @ 7:49 AM