Farahlydiana menunjukkan kudis di tangan dan kakinya.
Farahlydiana menunjukkan kudis di tangan dan kakinya.

Kuala Krai: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun menanggung derita apabila separuh tubuhnya dijangkiti kudis buta selepas mengharungi banjir yang menenggelamkan kampungnya di Jeram Panjang, Laloh, di sini, 23 Disember lalu.

Lebih menyedihkan, Farahlydiana Mohd Zaphie terpaksa menanggung kesakitan itu selama beberapa hari berikutan terperangkap lima hari di sebuah bukit selepas kawasan perkampungannya dinaiki air.

Separuh tubuhnya terutama di lengan dan lutut kanan ditumbuhi kudis hingga bernanah sebaik banjir beransur surut, 27 Disember lalu.

Mangsa hanya dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK), di sini, Rabu lalu, apabila kudisnya semakin melarat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ibunya, Nor Azila Mohd Zaidi, 27, berkata, paras air naik mendadak bermula jam 4 petang menyebabkan dia dan anaknya bergadai nyawa meredah air untuk berlindung di Bukit Tembeling, lima kilometer dari rumahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 6:54 AM