Oleh Siti A'isyah Sukaimi


Sepang: Seramai 47 rakyat Malaysia dari Sana’a dan Hodeidah, Yaman selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 11.58 pagi hari ini.

Mereka tiba ke tanah air menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH151 dari Jeddah, Arab Saudi.

Hadir menyambut ketibaan mereka antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, wakil Kementerian Luar dan Kementerian Pendidikan.

Ketibaan seterusnya membabitkan 17 rakyat Malaysia menaiki pesawat SriLankan Airlines UL314 pada 2.05 petang diikuti seramai 41 rakyat Malaysia menaiki pesawat Emirates EK346 pada 3.05 petang, hari ini.

Penerbangan terakhir pada 8.50 malam ini menaiki Qatar Airways QR852 membabitkan 16 rakyat Malaysia.

Jumlah keseluruhan yang tiba hari ini seramai 121 rakyat Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 1:26 PM