Oleh Zuhainy Zulkifli


Georgetown: Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Majlis pengisytiharan itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Anjung Mutiara, Seri Mutiara, di sini, pagi tadi.

Dalam majlis sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut mengumumkan pelantikan Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail menjadi Datuk Bandar MBPP yang pertama.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerjaan Tempatan, Datuk Seri Arpah Abdul Razak dan barisan Exco Negeri.

Pertukaran status MPPP kepada MBPP dilakukan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 10 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 11:31 AM