KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. Mangsa (gambar kecil) meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kenderaan yang terbabit kemalangan. Mangsa (gambar kecil) meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan Bomba
Oleh Asrizal Aris


Tapah : Lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta lain dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Tapah-Changkat Petai, berdekatan rumah rehat di sini, 1 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut di tempat kejadian dan dikenali sebagai Firdaus Ali, 29, difahamkan dalam perjalanan dari Jalan Tapah menuju ke pekan Tapah apabila kenderaan yang dipandu dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan lagi kereta dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Sin Keliaw berkata, kemalangan membabitkan kereta Proton Wira yang bertembung dengan kereta Proton Waja.

"Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan ketika melalui jalan selekoh meyebabkannya terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu kedua-dua kereta terhenti di kiri jalan di lereng bukit dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, seorang lagi pemandu kereta yang terbabit mengalami cedera parah dihantar ke Hospital Tapah bagi menerima rawatan lanjut manakala mangsa maut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 4:21 PM