Oleh Wahi Aziz


Dua selebriti ini berkongsi persamaan apabila menyatakan rumusan pengalaman mereka mengendalikan rancangan travelog Mad Markets (MM) musim ketiga.

Elfira dan Hanie bukan saja menganggap MM3 adalah perintis pada perkembangan kerjaya dalam pengacaraan, malah tidak keterlaluan travelog itu disifatkan sebagai pentas terbaik mengasah kemampuan masing-masing.

Elfira atau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 21, yang memiliki kelebihan satu musim lebih awal berbanding Hanie mengakui, MM memberikan kebebasan dan kejujuran kepadanya sebagai pengacara.

“Hanya dengan program ini saya dapat tunjukkan dan berkongsi dengan penonton mengenai rasa sebenar mengembara. Apa yang suka dan tidak suka, saya dapat tonjolkan secara bebas dan jujur.

“Peluang bersama MM sejak musim lepas memberikan saya pengalaman baru dan kelebihan berbanding orang lain kerana dapat mengembara dan berkongsi dengan penonton dengan cara sendiri,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:02 AM