GAMBARAN ‘Batman’ Bruce Wayne.
GAMBARAN ‘Batman’ Bruce Wayne.
LAKARAN ‘Laughter’ Charlie Chaplin.
LAKARAN ‘Laughter’ Charlie Chaplin.
KARYA ‘Fluid’ Bruce Lee.
KARYA ‘Fluid’ Bruce Lee.
 POTRET Steve Jobs.
POTRET Steve Jobs.
VINCENT Low (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama tetamu dan jemputan semasa pelancaran pameran lukisannya di Hotel G.
VINCENT Low (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama tetamu dan jemputan semasa pelancaran pameran lukisannya di Hotel G.
Oleh Zuhainy Zulkiffli


Penggunaan medium berupa pen bagi menghasilkan sebuah lukisan sering dipandang mudah tapi pertaruhan berani pelukis kelahiran Kuala Lumpur, Vince Low, 38, mampu mengangkat karya itu dengan gaya tersendiri melalui teknik Scribble.

Vince mempamerkan 16 lukisan potret di pameran ketiganya di Hotel G, Persiaran Gurney, Pulau Pinang sehingga 31 Mac.

Antaranya potret Mao Tse Tung, Muhammad Ali, Mike Tyson, Wayne Rooney, Marilyn Monroe, Bruce Wayne, Jimi Hendrix dan Bruce Lee.

Pelukis yang menghidap disleksia itu cukup istimewa kerana tidak hanya melukis potret tapi pelbagai jenis lukisan lain termasuk pemandangan.

“Saya hanya menggunakan pen dan pemadam cecair sebagai medium dalam lukisan tertentu bagi memperlihatkan keseimbangannya.

“Satu karya mengambil masa antara empat hingga tujuh hari bagi disiapkan,” katanya.

Bakat Vince mula mendapat perhatian sejak setahun lalu berikutan kisah hidupnya yang mencetuskan inspirasi bagi penghidap disleksia.

Vince berkata, ketika berusia enam tahun dia menganggap dirinya tidak pandai membaca dan belajar seperti rakan yang lain, namun berbakat besar dalam seni lukis.

Vince menyedari menghidap disleksia ketika berusia 31 tahun dan menyertai kempen pengiklanan dengan Persatuan Disleksia Malaysia tiga tahun kemudian.

Dia pernah ditawarkan menyertai pameran antarabangsa di United Kingdom dan Perancis, namun ditolak kerana kurang yakin dengan karyanya.

“Pameran pertama saya di Singapura tahun lalu mendapat sambutan dan sejak itu, saya mula aktif mengadakan pameran di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta mempunyai lebih 60 koleksi lukisan,” katanya.

INFO

SCRIBBLE

- Artis: Vince Low

- Jumlah karya: 16

- Lokasi: Hotel G, Persiaran Gurney, Georgetown, 10250 Pulau Pinang

- Tarikh: Sehingga 31 Mac 2015

- Masa: 10 pagi hingga 6 petang

- Telefon: 04-238 0000

- Web: vincelow.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 1:05 PM