Oleh Mohd Hasbi Sidek


Shah Alam: Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin, 32, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah surau di Seksyen 17, di sini, malam tadi, selepas dipercayai mengajar tanpa tauliah.

Wan Ji ditahan kira-kira 9.50 malam selepas selesai memberikan ceramah agama dan dibawa ke pejabat JAIS untuk diambil keterangan.

Jurucakap JAIS berkata, penahanan terhadap Wan Ji dibuat berikutan dia didapati melanggar surat pekeliling bertarikh 11 November 2014 apabila

penceramah bebas itu dilarang memberi kuliah atau ceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mempunyai tauliah daripada jabatan agama berkenaan.

"Wan Ji secara terang-terangan melanggar arahan dan pihak surau juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Wan Ji mengesahkan penahanannya semalam dan dia diminta hadir semula ke ibu pejabat JAIS Isnin ini untuk mengetahui sebarang keputusan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Februari 2015 @ 5:02 PM