Sedikit masa dulu, sikap artis ini pernah menjadi bualan ekoran kata-katanya yang suka menyinggung perasaan orang sekeliling.

Walaupun niatnya sekadar bergurau, pada SS biar berpada-pada jangan sampai membuat orang lain terasa.

Malah, ada yang beranggapan kata-katanya itu seperti sengaja hendak menyakitkan hati orang supaya tidak bercakap dengannya.

Baru-baru ini, dalam satu majlis temu bual, artis berkenaan melakukan hal yang sama. Segala soalan yang diajukan dia menjawabnya sambil lewa saja.

SS faham kalau dia tidak mahu terlalu bercerita hal peribadinya, tetapi tiada salahnya jika dia bercakap menggunakan bahasa yang lebih sopan.

Difahamkan, teman SS yang berada di tempat kejadian berkata, cara artis itu menjawab soalan merapu seperti orang tiada akal.

Lain yang ditanya lain yang dijawabnya. Ketawa lebih banyak daripada menjawab soalan yang diberikan. Kalau rasa sudah malas hendak melayan media jangan datang ke majlis berkenaan.

Jika anda beri alasan kehadiran di situ hendak memenuhi kehendak tuan rumah, belajarlah menghormati tetamu lain yang dijemput oleh tuan rumah itu sendiri.

Mereka hanya menjalankan kerja dengan bertanya soalan yang diminta. Kalau tidak mahu jawab lebih-lebih cakap saja baik-baik tidak perlu merapu hingga mengganggu kerja orang lain.

SS: Pernah ada kawan suka merapu, SS jauhkan diri.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 @ 11:20 AM