Oleh: Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

[email protected]

Kuching: Sesi persekolahan 12 sekolah di negeri ini terpaksa ditangguhkan akibat banjir.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, sekolah ditutup kerana ada yang terjejas dengan banjir, terputus hubungan dan digunakan sebagai pusat penempatan mangsa banjir.

"Kami masih mengemaskini maklumat terbaru dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya.

Sekolah yang terjejas ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu Kitang dan SK St Mathew Mundai di Padawan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang (SMK) Tebakang, Serian; SK Bawang Tian dan SK Orang Kaya Sergunim Matu di Daro; SK Luangan, Lawas, SK Long Tungan, SK Long Bemang dan SK Long Panai, Baram, SK Kuala Kenyana, Mukah, SK Suba Buan, Bau dan SK Ukong, Limbang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 January 2015 @ 10:37 AM