SITI Zuraida Awang menunjukkan maklumat berhubung tuntutan wang yang telah di labur di sebuah syarikat pelaburan. FOTO Fathil Asri.
SITI Zuraida Awang menunjukkan maklumat berhubung tuntutan wang yang telah di labur di sebuah syarikat pelaburan. FOTO Fathil Asri.
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Seorang suri rumah mendakwa sebuah syarikat pelaburan saham menghalangnya mengeluarkan keuntungan daripada hasil pelaburan yang dijanjikan sebelum ini.

Siti Zuraida Awang, 36, ibu kepada dua anak berkata, syarikat itu menyekat akaunnya di dalam syarikat berkenaan untuk mengelakkan wang dikeluarkan.

Menurutnya, sejak tahun lalu dia hanya memperoleh RM90,000 dari RM175,000 yang dilaburkan dengan syarikat itu pada April 2016.

Katanya, laporan kewangan menunjukkan dia memperoleh keuntungan RM3.5 juta hasil pelaburan sebelum ini, tetapi tidak dapat membuat pengeluaran 10 peratus daripada keuntungan seperti yang dijanjikan kerana akaun disekat.

“Saya cuba mendapatkan penjelasan dan mereka memberi alasan, saya dan pelabur lain perlu mencari pelabur baru untuk mendapatkan keuntungan berkenaan sedangkan sebelum ini syarikat itu memaklumkan kami hanya perlu melabur saja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:40 AM