PERCATURAN single kedua diharap dapat mengekalkan namanya dalam bidang seni tanah air.
PERCATURAN single kedua diharap dapat mengekalkan namanya dalam bidang seni tanah air.
Syanty Octavia Amry


Kemunculan banyak program realiti TV kini memberi saingan sengit buat pesertanya untuk terus bertahan dalam bidang seni. Jika dulu, mereka yang bergelar juara mampu bertahan lama, namun kini juara hanya tinggal nama jika salah percaturannya.

Begitu juga situasi yang perlu dilalui bekas juara Akademi Fantasia (AF) 2016, Amir Syazwan Masdi atau Amir dalam meneruskan misinya sebagai penyanyi.

Setahun berlalu, Amir, 21, yang popular dengan lagu Pemilik Cinta kembali dengan single kedua berjudul Waktu.

Baginya, kini adalah masa untuk dia lebih ke depan dalam mempromosikan single kedua ciptaan Sir Khan dan Ibnu Rinkarnaen.

Tidak mahu ketinggalan, Amir berharap dia dapat terus kekal dalam bidang seni tanah air.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 8:17 AM