SISI kedewasaan Justin makin terserlah.
SISI kedewasaan Justin makin terserlah.
Susunan Georgie Joseph


Sejak beberapa bulan ini, Instagram milik Justin Bieber, 20, lebih banyak dibanjiri gambar dia menunjukkan seluar dalam serta potongan badan menarik.

Tindakannya itu meninggalkan teka-teki kepada peminat apa sebenarnya mahu disampaikan Justin.

Tidak kurang juga, dia menjadi bahan kecaman kerana dikatakan terlalu obses menunjuk bentuk badannya.

Apapun, Selasa lalu segalanya terungkai apabila dia secara rasminya diumumkan sebagai wajah baru seluar dalam jenama terkemuka Calvin Klein (CK). Kali terakhir, aktor hebat Mark Wahlberg ditampilkan sebagai model jenama itu ialah pada 1992.

Pelantikannya sebagai wajah baru jenama berkenaan sekali gus membuktikan kepercayaan ramai pihak bahawa Justin sesuai menggalas imej lelaki dewasa mewakili generasi era ini.

Justin pun sebelum ini cukup dikenali dengan imejnya yang gemar tidak berbaju serta melondehkan seluar sambil menayang sebahagian seluar dalam.

"Justin ada menjalani penggambaran dengan CK dan kami harap akan dapat melihat hasilnya pada tahun ini," itu antara ke-nyataan ringkas wakil CK sebelum pengumuman berkenaan.

Dalam fotografi bersama CK, Justin digandingkan dengan model terkenal Lara Stone. Nilai eksklusif pada setiap gambar berkenaan juga menjadi pujian.

Apa yang pasti, pelantikan itu menjadi satu lagi anjakan baru dalam karier seni Justin dan sekurang-kurangnya kini peminat sudah sedar dia sedang meniti kedewasaanya dan berjaya menarik perhatian jenama besar.

Kehidupan serta kerjaya Justin sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada ikutan dunia sejak dia kecil lagi.

Penyanyi Baby itu mencipta legasi tersendiri de-ngan kejayaan lagunya selain meraih pengiktirafan demi pengiktirafan.

Fenomena yang dicipta bintang kelahiran Kanada itu bukan calang-calang kerana jutaan peminat di seluruh dunia masih 'angau' dengannya hingga sekarang.

Ini termasuk sisi peribadinya baik dari segi percintaan dan kehidupan sosial. Malah, ada segelintir peminat masih tidak dapat menerima bahawa penyanyi itu sebenarnya semakin dewasa.

Berhubung perbandi-ngannya dengan Wahlberg, jelas tiada isu sebenarnya terhadap Justin sendiri, bahkan dia sendiri meletakkan status di Twitter bahawa dia ada bercakap de-ngan aktor terbabit.

"Baru bercakap dengan @mark_wahlberg. Sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada legasi berkenaan," katanya di Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 5:00 AM