ANTARA barang yang dirampas daripada suspek.
ANTARA barang yang dirampas daripada suspek.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Seorang lelaki yang mempunyai 17 rekod jenayah lampau mati ditembak polis daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Persiaran Panglima Hitam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek yang berusia 30-an itu melepaskan dua das tembakan ke arah polis yang cuba menahannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, bagi mempertahankan diri, polis kemudiannya melepaskan tembakan dan mengenai suspek.

Menurutnya, polis merampas sepucuk pistol, beberapa butir peluru, parang, topeng, sarung tangan dan nombor plat palsu.

"Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan kes samun dan dadah di Selangor, Kedah, Melaka dan Perak serta pernah ditahan dua kali sebelum ini di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas," katanya dalam sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 4:23 PM