Keadaan BMW dinaiki empat lelaki yang terbabas dan terbakar di Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, hari ini. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Keadaan BMW dinaiki empat lelaki yang terbabas dan terbakar di Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, hari ini. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Hasbi

Kuala Lumpur: Empat lelaki terselamat selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terbakar di Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, di sini, hari ini.

Kereta yang dinaiki mangsa berusia lingkungan 20-an musnah 100 peratus dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

Pegawai Operasi PBKII dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Othman Abu Bakar berkata, kereta mangsa dari arah pusat bandar menghala ke Jalan Istana.

"Kami difahamkan kereta model BMW itu terbabas di lorong paling kiri dan melanggar tembok sebelum terbakar.

"Semua mangsa keluar sendiri sebelum anggota bomba tiba dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 11:21 PM