AHMAD Zahid di Karnival Ugadi bersempena Tahun Baru Telugu 2017. FOTO Asyraf Hamzah
AHMAD Zahid di Karnival Ugadi bersempena Tahun Baru Telugu 2017. FOTO Asyraf Hamzah
Siti Fatimah Hassan


Kuala Lumpur: Rakyat perlu mengenepikan perbezaan etnik, budaya dan agama untuk terus mewujudkan dan mempertahankan keharmonian yang sudah lama terbina di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak perlu sedar bahawa tugas mempertahankan keharmonian itu lebih sukar daripada membinanya.

Katanya, usaha untuk mewujudkan keamanan termasuk menolak fahaman extremis agama yang kian menular.

"Kita tidak mahu golongan extremis sama ada Islam, Hindu, Buddha dan Kristian kerana mahu mewujudkan keamanan di Malaysia," katanya di Majlis Rumah Terbuka Ugadi 2017, di Dataran Merdeka, hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesihatan yang juga Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas dan Presiden Persatuan Telugu Malaysia, Datuk Dr Achaiah Kumar Rao.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 5:25 PM