Gara-gara meraikan 'bachealor night', SS dengar cerita seorang artis lelaki ditinggalkan kekasihnya kerana kantoi bermesra dengan wanita lain.

Ibarat 'kerana terpaksa ku relakan' artis itu yang khabarnya gemar bersosial berikutan pengaruh rakan sebaya akhirnya akur percintaan bersama kekasih ternoktah.

SS yang mendengar cerita itu yang disampaikan seorang teman hanya geleng kepala. Bukan apa, perlukah seorang jejaka meraikan 'bachelor night'.

Mengambil kira budaya Malaysia, SS berasakan tidak wajar pun artis itu cuba meraikan 'bachelor night'.

Sudahnya terpaksa gigit jarilah apabila hubu­ngan cinta dijalin dengan kekasihnya yang setahu SS menghampiri usia tiga tahun itu diakhiri perpisahan.

Mendengarkan setiap kisah yang disampaikan teman dan rakan kepada SS mengenai perilaku segelintir artis di negara ini, boleh pening kepala dibuatnya.

Apatah lagi, kalau namanya manusia memang tidak boleh lari dengan pelbagai ragam. Namun, saranan SS yang penting perlu sentiasa berpijak di bumi nyata.

SS: Selalu ingatkan diri di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:01 AM