MARCOTE kini bertugas di Jabatan Metodologi Atletico Madrid. FOTO Amran Hamid
MARCOTE kini bertugas di Jabatan Metodologi Atletico Madrid. FOTO Amran Hamid
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Bekas jurulatih kecergasan Kedah Ramon Marcote semakin hampir untuk kembali ke pangkuan Helang Merah apabila mengesahkan sedang mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi menggantikan jurulatih Tan Cheng Hoe.

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Marcote diburu KFA kerana beliau memiliki rekod baik bersama pasukan Liga Super itu selain turut mendapat tempat di hati penyokong Kedah.

Ketika bersama Kedah pada musim 2014-2015, Marcote yang memiliki lesen kejurulatihan profesional Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA) pernah memangku jawatan jurulatih pada suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia 2015 ketika Cheng Hoe mengikuti kursus kejurulatihan di China.

Selepas tamat kontrak dengan KFA, beliau bertugas di Jabatan Metodologi di kelab terkemuka Sepanyol Atletico Madrid.

Marcote yang dihubungi Arena Metro kelmarin mengesahkan sudah dihubungi KFA namun tidak mendedahkan butiran perbincangan itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 6:37 AM