Florida: Seorang pencuri memang sudah merancang cara untuk melarikan diri jika ditangkap mencuri.

Marisol Toribio, 32, ditangkap ketika mencuri di sebuah pasar raya di sini Isnin lalu tetapi ditahan oleh beberapa kakitangan.

Dia yang tidak mahu menyerah atau mengaku kesalahannya, mengaut najis dari dalam seluarnya lalu melumurkannya pada muka pengawal keselamatan yang menahannya.

Malangnya, tindakannya itu tidak cukup untuknya melarikan diri. Dia ditangkap pengawal lain.

Menurut laporan, Marisol akan didakwa atas tuduhan mencuri dan mengganggu bukti fizikal. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:06 AM