ANTARA ibu bapa dan penjaga yang hadir di program Blue Kids Fun Zone. FOTO Khairull Azry Bidin
ANTARA ibu bapa dan penjaga yang hadir di program Blue Kids Fun Zone. FOTO Khairull Azry Bidin
Ardyhansah Amat


Kuala Lumpur: Lebih 2,000 orang menghadiri Program Blue Kid's Fun Zone (BKFZ) anjuran Permata Kurnia,di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan,di sini, hari ini.

Isteri Perdana Menteri merangkap Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, BKF Zadalah antara wadah terbaik bagi mendedahkan kanak-kanak autisme untuk bergaul dengan masyarakat.

"Saya melihat ibu bapa mula bersikap terbuka untuk membawa anak mereka (autisme) keluar bercampur dengan masyarakat luar.

"Program sebegini membantu kanak-kanak autisme untuk tampil lebih yakin seterusnya sebagai persiapan awal kepada mereka sebelum masuk ke alam persekolahan biasa seperti kanak-kanak normal yang lain," katanya kepada media.

Beliau berharap agar lebih banyak program seperti BKFZ dianjurkan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai bukan saja kanak-kanak autisme tetapi ibu bapa mereka untuk berkongsi pengalaman dalam mendidik anak istimewa tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 2:47 PM