Ismail memeriksa gamat yang di tangkap oleh nelayan Vietnam di perairan Malaysia. FOTO Gambar Fathil Asri
Ismail memeriksa gamat yang di tangkap oleh nelayan Vietnam di perairan Malaysia. FOTO Gambar Fathil Asri
Rosliza Mohamed


Pasir Puteh: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot nelayan asing dan merampas sebanyak 350 kilogram gamat di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) Wilayah Timur, Pantai Tok Bali, petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Daerah Maritim 10 Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, dua bot itu dikesan menangkap gamat di kawasan yang jaraknya kira-kira 53.3 batu nautika dari Tok Bali, di sini, pada jam 2.40 dan 2.50 petang.

Katanya, rampasan gamat dan bot bernilai RM2 juta.

“Kita turut menahan 10 nelayan warga Vietnam termasuk dua tekong berusia antara 28 hingga 66 tahun dan dibawa ke jeti operasi Maritim Malaysia Tok Bali.

“Pemeriksaan mendapati semua nelayan terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2017 @ 3:45 PM