Faye tidak akan rahsia perkahwinan. FOTO Instagram
Faye tidak akan rahsia perkahwinan. FOTO Instagram
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Faye Kusairi menafikan akan berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dalam masa terdekat ini selepas dikatakan memuat naik gambar kad jemputan perkahwinan di akaun Instagram peribadinya hari ini.

Faye ketika dihubungi berkata, kad jemputan terbabit tiada kena-mengena dengan dirinya sebaliknya ia adalah jemputan ulang tahun kelahiran anak saudaranya.

Terdahulu, Faye memuat naik gambar ibu dan bapanya sedang menyusun kad jemputan yang dianggap netizen sebagai kad jemputan perkahwinan Faye.

"Kad jemputan itu adalah undangan sambutan hari lahir anak saudara saya yang bakal diadakan pada 7 April ini.

"Saya memang akan berkahwin cuma segala persiapan akan diuruskan pihak keluarga.

“Saya mohon kalian doakan yang baik-baik sahaja. Biarpun sebelum ini saya jarang berkongsi hal peribadi, tetapi selepas apa yang berlaku saya fikir lebih baik saya kongsikannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 4:19 PM