MAHAMAD Akhir (kiri) bersama anggotanya memeriksa pelbagai kenderaan warga asing di sekatan jalan raya AKSEM Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik OmarNIK ABDULLAH NIK OMAR
MAHAMAD Akhir (kiri) bersama anggotanya memeriksa pelbagai kenderaan warga asing di sekatan jalan raya AKSEM Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik OmarNIK ABDULLAH NIK OMAR
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Rantau Panjang: Sebanyak 678,305 saman trafik dikeluarkan terhadap warga Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia masih tertunggak.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus berkata, semua saman itu membabitkan pelbagai kesalahan yang dikeluarkan sejak 1999.

Katanya, ada antara pesalah turut dikenakan waran tangkap.

"Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan Ops Saman Tertunggak Warga Asing VI (OSTWA VI) untuk mengesan pesalah terbabit.

"Operasi ini bermula hari ini dan akan berakhir 1 April nanti yang membabitkan 100 pegawai dan anggota," katanya dalam sidang media di Sekatan Jalan Raya (SJR) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi itu juga untuk beri kesedaran berterusan keapda warga asing yang memandu di dalam negara supaya mematuhi undang-undang ditetapkan.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke SJR AKSEM diiringi pegawai kanan PDRM dan AKSEM Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 1:49 PM