AYAI dinobat juaara pada final Gegar Vaganza. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
AYAI dinobat juaara pada final Gegar Vaganza. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Syanty Octavia Amry


Kuala Lumpur: Bekas penyanyi Ilusi, Ayai dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza pada malam final program berkenaan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, sekali gus membolehkannya membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro dan Qu Puteh, single baru dan trofi.

Manakala naib juara dimenangi oleh Haleeda dengan membawa pulang wang tunai RM30,000 sumbangan Astro dan trofi.

Selain itu, tempat ketiga dimenangi Mamat Exist (RM15,000 dan trofi), keempat Rahmad Mega (RM10,000 dan trofi), kelima Ifa Raziah (RM5,000 dan trofi) dan tempat keenam Fazli Zainal (RM3,000 dan trofi).

Setiap peserta diberikan dua tugasan solo dan duet bersama peserta akhir yang lain.

Program yang diadakan secara langsung di Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 12:47 AM