Pesawat milk South Supreme Airliner itu terhempas di Lapangan Terbang Wau. FOTO FB Bull Maliik
Pesawat milk South Supreme Airliner itu terhempas di Lapangan Terbang Wau. FOTO FB Bull Maliik
Agensi

Juba: Pesawat membawa 44 penumpang terhempas di Sudan Selatan kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan) hari ini.

Menurut laporan awal, semua orang di dalam pesawat berkenaan terbunuh.

Bagaimanapun, laporan terbaru menyatakan ada penumpang yang selamat selepas ditarik keluar dari rangka kapal terbang berkenaan.

Pesawat milk South Supreme Airliner itu terhempas di Lapangan Terbang Wau.

Anggota bomba dikerah ke tempat kejadian dan gambar menunjukkan rangka pesawat itu terbakar.

Kejadian dipercayai berlaku ketika pesawat itu mendarat selepas terbang dari Juba.

Pihak berkuasa masih belum memberi maklumat mengenai jumlah kematian.Bagaimanapun, radio Sudan melaporkan, sembilan orang berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2017 @ 11:01 PM