Amrullah Abdul Karim


Bukit Beruntung: Polis mengesahkan mayat kanak-kanak yang lengkap berpakaian ditemui pada 10.20 pagi tadi, di tebing kiri Sungai Selangor, adalah Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, selepas pengecaman dilakukan bapa mangsa di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, pengesahan dibuat berdasarkan pakaian dan bentuk fizikal mangsa.

"Mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Bomba di tebing sebelah kiri Sungai Selangor pada 10.20 pagi.

"Jaraknya kira-kira tiga kilometer dari Subtek Polis di Kampung Timah," katanya pada sidang media, hari ini.

Supramaniam tidak menolak kemungkinan hujan lebat lewat petang semalam, membantu mayat mangsa timbul dan dihanyutkan ke tebing sungai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 1:18 PM
Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa keenam yang dikenal pasti sebagai Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, selepas dijumpai pagi tadi. - Foto MOHD YUSNI ARIFFIN
Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mayat mangsa keenam yang dikenal pasti sebagai Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10, selepas dijumpai pagi tadi. - Foto MOHD YUSNI ARIFFIN