PEMAIN City Leroy Sane (tengah) diasak pertahanan Stoke.
PEMAIN City Leroy Sane (tengah) diasak pertahanan Stoke.
AFP

Manchester, England: Pep Guardiola enggan menyerah kejuaraan Liga Perdana Inggeris kepada Chelsea di sebalik kecewa seri 0-0 di laman sendiri menentang Stoke City awal pagi semalam sekali gus membolehkan Blues kendalian Antonio Conte mendahului 10 mata di puncak carta.

Pengurus Manchester City itu membuat percaturan merehatkan beberapa pemain tonggak John Stones, David Silva dan Raheem Sterling menjelang pertemuan suku akhir Piala FA hujung minggu ini di Middlesbrough dan kunjungan ke AS Monaco bagi aksi kedua, pusingan 16 Liga Juara-Juara, minggu depan.

Taktik itu memakan diri dengan City hanya mampu memecah benteng Stoke selepas Guardiola memasukkan pemain kebangsaan Sepanyol, Silva sebagai pemain gantian dengan berbaki setengah jam.

“Saya sudah katakan sebelum ini, kami tangani satu perlawanan demi satu perlawanan,” kata Guardiola.

“Kami akan lihat apa yang berlaku dalam perlawanan berikutnya dan kemudian melihatnya satu demi satu perlawanan. Apabila jurang sebegini, anda perlu fokus sebegitu; tidak dengan sasaran besar.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2017 @ 5:15 AM