WAN Kuzain. FOTO Swope Park Rangers
WAN Kuzain. FOTO Swope Park Rangers
Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Pemain terkenal dengan nama jolokan ‘Messi Amerika’ Wan Kuzain Wan Kamal dalam landasan tepat untuk mengejar impian beraksi dalam Major League Soccer (MLS) selepas menerima tawaran mengikuti pengajian di Universiti Akron, Cleveland, Amerika Syarikat (AS), September ini.

Menurut ayah pemain berusia 18 tahun itu Prof Dr Wan Kamal Napi, peluang itu yang terbaik buat anaknya kerana universiti terbabit memiliki reputasi hebat dalam melahirkan bukan saja pemain beraksi dengan kelab MLS malah pasukan kebangsaan AS.

“Universiti Akron adalah institusi nombor satu untuk bola sepak di AS. Ramai bekas pemain universiti ini bermain dengan pasukan kebangsaan. Kuzain nak belajar dalam dua tahun saja di sana selepas itu dia mahu menjadi pemain profesional jika mendapat tawaran.

“Pemain dari universiti divisyen satu seperti Universiti Akron biasanya akan bermain dengan MLS apabila tamat belajar dan ada juga akan ke Eropah kalau mendapat tawaran.

“Banyak universiti divisyen satu yang menawarkan biasiswa untuknya, tapi dia pilih Universiti Akron kerana cukup terkenal dalam melahirkan ramai pemain kebangsaan sebelum ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 8:00 AM