KHAOPAN (kanan) berjaya memendekkan hukuman penjaranya selepas memenangi perlawanan tomoi. FOTO Agensi
KHAOPAN (kanan) berjaya memendekkan hukuman penjaranya selepas memenangi perlawanan tomoi. FOTO Agensi
Agensi

Bangkok: Pembunuh yang dipenjara di Thailand boleh mendapatkan pembebasan mereka sekiranya mereka menjadi juara dalam perlawanan tomoi.

Ia sebahagian daripada program penjara di negara itu.

Bekas anggota samseng, Noy Khaopan baru-baru ini dibebaskan dari Penjara Khao Prik di utara Thai selepas menumpaskan seorang banduan dari Kansas, Amerika Syarikat yang kini menetap di negara itu untuk menjadi peninju tomoi profesional.

Khaopan, bapa seorang anak yang menjalani hukuman penjara 11 tahun kerana menikam seorang remaja di kepala pada 2010 hingga menyebabkan mangsa mati. Dia dibebaskan lima tahun lebih awal selepas memenangi perlawanan tomoi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 6:46 AM