Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan Muhammad Hakim, 16. - Foto ROSLI ILHAM
Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan Muhammad Hakim, 16. - Foto ROSLI ILHAM
Rosli Ilham


Dungun: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Proton Inspira di Kilometer 368 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 11.45 malam itu, Muhammad Hakimi Aris, 16, dari Kampung Dendang di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selain patah kaki kiri.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju Ajil apabila dilanggar Proton Inspira dipandu seorang lelaki berusia 60 tahun dari belakang.

Mangsa tercampak ke atas lebuh raya sebelum rakannya, Muhammad Alif Mazlan, 16, yang menunggang motosikal lain, tiba dan mengangkat mangsa ke tepi jalan.

Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan mangsa meninggal dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi di sini, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2017 @ 12:14 PM