Anak buaya yang ditemui di Kampung Bukit Tumbuh. FOTO ihsan penduduk
Anak buaya yang ditemui di Kampung Bukit Tumbuh. FOTO ihsan penduduk
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Penduduk Kampung Bukit Tumbuh, di sini, mendakwa melihat seekor anak buaya terapung di kawasan sungai kampung itu, 4.30 petang semalam.

Penduduk, Mohd Syarafuddin Rozali, 24, berkata, dia bersama beberapa rakan sedang berehat di sebuah pondok di tepi sungai itu sebelum ternampak objek terapung.

"Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa kerana biawak besar memang banyak di sungai dan kelibat reptilia itu berenang di permukaan air mencari makanan memang tidak pelik kepada penduduk kampung.

"Kami terkejut selepas diamati, ia sebenarnya seekor anak buaya," katanya.

Menurutnya, anak buaya itu terapung kira-kira setengah jam sebelum berenang ke kawasan lain selepas orang ramai mula berkumpul.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 1:51 PM