Penguat kuasa JHEAT sedang menyoal siasat lelaki yang ditahan kerana berkhalwat ketika serbuan di sebuah rumah urut di bandar raya ini. FOTO Syafiq Ambak
Penguat kuasa JHEAT sedang menyoal siasat lelaki yang ditahan kerana berkhalwat ketika serbuan di sebuah rumah urut di bandar raya ini. FOTO Syafiq Ambak
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana berkhalwat bersama tukang urut warga Thailand dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah rumah urut di bandar raya ini, semalam.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, lelaki yang sudah berkahwin itu dicekup ketika asyik diurut wanita terbabit.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, lelaki terbabit memaklumkan pergi ke premis berkenaan untuk mengurut kerana kepenatan bekerja.

"Lelaki itu tidak sempat keluar walaupun seorang pekerja rumah urut memberi isyarat sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa JHEAT.

"Sebaik penguat kuasa sampai, pekerja itu berlari ke kaunter dan menekan loceng bagi memaklumkan tukang urut di tingkat satu mengenai kehadiran kami,” katanya.

Menurutnya, semua tukang urut keluar dari bilik masing-masing sebaik mendengar bunyi loceng itu tetapi pelanggan di sebuah bilik tidak sempat keluar kerana asyik mengurut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 6:58 PM